KEAHLIAN

Keahlian PASAK-UMT dikategorikan seperti berikut:

  1. Keanggotaan Biasa dibuka kepada semua pegawai akademik sepenuh masa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berkelulusan Ijazah Universiti atau bekerja sebagai ahli akademik yang biasanya memerlukan ijazah dalam Universiti termasuk ahli akademik kontrak (dengan syarat mereka adalah warganegara Malaysia), yang tidak kurang dari lapan belas (18) tahun dan bagi lain-lain kategori kakitangan Universiti Malaysia Terengganu, Persatuan hendaklah membuat keputusan di Mesyuarat Agung.
  2. Keahlian Bersekutu terbuka kepada semua pegawai akademik UMT yang lain seperti visiting lecturers dan attached officers.
  3. Keahlian Kehormat dicalonkan oleh undian sebulat suara Majlis Eksekutif dan boleh dianugerahkan oleh Persatuan di Mesyuarat Agung Tahunan kepada individu yang dihormati di dalam kehidupan awamnya yang telah memberikan perkhidmatan berjasa kepada Universiti atau kepada Persatuan

 

  • Tiada pelajar Universiti dibenarkan masuk sebagai anggota Persatuan melainkan jika dia telah mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor Universiti berkenaan.
  • Yuran keahlian berjumlah RM 10.00 perlu dibayar sekali sahaja sepanjang perkhidmatan oleh Keanggotaan Biasa dan Keanggotaan Bersekutu.
  • Yuran bulanan berjumlah RM 3.00 / sebulan perlu dibayar oleh Keanggotaan Biasa dan Keanggotaan Bersekutu.

Jika anda berminat untuk menjadi ahli PASAK, sila muat turun borang menggunakan link di bawah:

Borang keahlian PASAK UMT