Pengenalan PASAK

Persatuan Kebajikan Staf Akademik (PASAK-UMT) merupakan sebuah organisasi yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ ROS). Objektif PASAK-UMT ialah:

  1. Peneraju dalam melindungi hak, kepentingan dan kebajikan ahli PASAK-UMT.
  2. Menjadi medium interaksi antara ahli PASAK-UMT dengan pihak pentadbiran universiti berkaitan kebajikan dan profesionalisme.
  3. Menjadi medium kolaborasi antara ahli PASAK-UMT dan pihak pentadbiran universiti dalam merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu.
  4. Menggalakkan penyertaan ahli PASAK-UMT dalam mengutarakan dan membincangkan isu berkaitan kepimpinan dan pengurusan akademik.
  5. Mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam skim pegawai akademik Universiti.
  6. Menyediakan platform musyawarah, pertukaran pendapat dan tindakan antara ahli PASAK-UMT dan pemegang taruh termasuklah dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, agensi kerajaan, Universiti Awam, Persatuan Pegawai Akademik dan agensi lain berkaitan kepentingan pegawai akademik Universiti.
  7. Menyelaraskan dan bekerjasama dengan para pemegang taruh berkaitan kepentingan dan kebajikan ahli akademik.