Aluan Presiden PASAK

Presiden

Profesor Dr. Marzuki Hj. Ismail

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Bersyukur ke hadrat Illahi dengan izinNya sebuah laman sesawang PASAK UMT dapat dibangunkan. Laman sesawang ini dibina bagi mengumpul maklumat berkenaan PASAK, termasuklah senarai exco yang telah dilantik, semua aktiviti yang telah dijalankan, maklumat keahlian dan info terkini berkenaan hak-hak penjawat awam.

Kami dari semasa ke semasa cuba mengemaskini laman sesawang ini dan sebarang komen yang membina untuk memperbaiki laman sesawang ini adalah dialu-alukan. Semoga ia memberi manfaat yang besar kepada semua ahli akademik UMT amnya dan ahli PASAK khasnya.